Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 35 tahun akan didakwa bunuh anak perempuannya, 8 tahun di Geylang

Seorang wanita 35 tahun ditangkap sekitar tengah hari ini (10 Ogos) dan akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan membunuh, setelah disyaki terlibat dalam kematian anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita 35 tahun ditangkap sekitar tengah hari ini (10 Ogos) dan akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan membunuh, setelah disyaki terlibat dalam kematian anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Menurut kenyataan media polis hari ini, pihaknya dimaklumkan tentang satu kejadian pada sekitar 11.40 pagi ini di sebuah unit kediaman di Geylang Lorong 31 di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui terbaring tidak bergerak dengan beberapa kecederaan.

Budak itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 12.45 tengah hari.

Menurut polis, ibu kandung budak perempuan itu, diberkas di tempat kejadian.

"Polis akan mendakwa wanita 35 tahun itu di mahkamah pada 11 Ogos 2021 atas pembunuhan, dan akan meminta perintah mahkamah untuk menahan reman wanita itu bagi penilaian psikiatri," kata SPF.

Jika sabit kesalahan membunuh, dia boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan