Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 28 tahun dibawa ke hospital ekoran nahas di Keppel Road

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 28 tahun dibawa ke hospital ekoran nahas di Keppel Road

Gambar: SG Road Vigilante/Facebook

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 28 tahun dibawa ke hospital berikutan kemalangan di Keppel Road pada lewat Ahad (21 Mei).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di Keppel Road itu yang menghala ke Shenton Way pada sekitar 10.00 malam pada Ahad.

Wanita tersebut, yang merupakan penumpang kereta terbabit, dibawa ke Hospital Besar Singapura dalam keadaan sedarkan diri.

Sebuah catatan di kumpulan Facebook SG Road Vigilante mengenal pasti kereta yang terlibat dalam nahas berkenaan sebagai jenis McLaren MP4-12C.

Siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan