Wanita 24 tahun dikenal pasti hisap vape dalam MRT; HSA ambil tindakan
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang wanita (kiri) dilihat menghisap vape dalam MRT. (Gambar-gambar: Petikan skrin media sosial/HSA)
SINGAPURA: Seorang wanita yang dirakam sedang menghisap vape di dalam kereta api MRT dan videonya dimuat naik ke media sosial pada 13 Mac sudah dikenal pasti.
Pada 24 Mac, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menggeledah rumah wanita berusia 24 tahun itu, di mana satu vape dan tiga 'pod' vape dijumpai.
Ujian yang dijalankan oleh HSA mendapati 'pod' vape itu mengandungi etomidat, iaitu bahan perubatan kuat.
Wanita itu sedang membantu dalam siasatan, menurut HSA dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (4 Apr).
Etomidat merupakan bahan perubatan yang digunakan dalam amalan klinikal seperti ubat bius. Ia hanya boleh diberikan di bawah penyeliaaan perubatan.
Kesan-kesan sampingan etomidat termasuk mabuk dan muntah-muntah, pergerakan otot yang tidak terkawal, perubahan pada pernafasan dan tekanan darah tinggi, sawan dan psikosis serta kebergantungan fizikal.
"HSA memandang serius terhadap isu memiliki dan menggunakan vape dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah.
"Insiden ini, yang mana wanita itu terang-terangan menghisap vape dalam kereta api MRT, adalah pelanggaran undang-undang jelas dan ketara," tegas HSA.
Membeli, memiliki dan menggunakan vape diharamkan di Singapura di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan). Ini termasuk membeli menerusi internet dan luar negara. Para pesalahan boleh dikenakan denda sehingga S$2,000.
Mereka yang didapati memiliki atau menggunakan 'pod' yang mengandungi etomidat juga boleh disabit kesalahan dan dikenakan hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun dan/atau denda sehingga S$10,000 di bawah Akta Racun.
NASIHAT HSA
Maklumat mengenai bahaya vape boleh diperolehi di laman HealthHub. Maklumat mengenai produk tembakau yang diharamkan di Singapura boleh diperolehi di laman HSA.
Perokok yang memerlukan bantuan untuk berhenti merokok boleh menghubungi talian bebas tol Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) 1800-438-2000.
Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kegiatan import, pengedaran, penjualan atau tawaran bagi penjualan vape secara haram boleh hubungi Cawangan Peraturan Tembakau di 6684 2036 atau 6684 2037 pada waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Jumaat).

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.