Wanita 21 tahun diarah jalani latihan pemulihan selepas dua kali ditangkap dengan Kpod
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang wanita menghisap vape. (Gambar fail: iStock)
- Tan Xin Yi, pelayan kelab malam di Singapura, ditangkap dua kali pada Ogos dan September 2025 kerana memiliki vape mengandungi etomidate (Kpod).
- Tan mengaku ketagih Kpod, membelinya melalui Telegram, dan menghisapnya lima hari seminggu sejak Julai 2025.
- Walaupun diarahkan menghadiri program pemulihan oleh pihak berkuasa Sains Kesihatan, Tan gagal hadir beberapa sesi yang dijadualkan.
- Mahkamah akhirnya memerintahkan Tan menjalani latihan pemulihan sekurang-kurangnya 12 bulan, dengan hukuman bermula 3 Jun selepas permintaan penangguhan diluluskan.
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 21 tahun diarahkan pada Jumaat (15 Mei) supaya menjalani latihan pemulihan selama sekurang-kurangnya 12 bulan selepas dua kali ditangkap memiliki vape mengandungi etomidate, yang dikenali sebagai Kpod, di kelab malam tempat dia bekerja sebagai pelayan.
Menurut kertas tuduhan, Tan Xin Yi, seorang warga Singapura, ditangkap di Club Poseidon di pusat beli-belah Excelsior di Coleman Street.
Tan mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki Kpod secara sedar dalam dua kejadian berasingan pada Ogos dan September 2025.
Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran bahawa menghidu etomidate terus ke paru-paru boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kekejangan, masalah pernafasan dan sawan.
RENTETAN KES
Tan melaporkan diri untuk bekerja pada 11.30 malam, 15 Ogos 2025, apabila seorang rakan sekerja yang tidak dikenal pasti memperkenalkannya kepada perisa vape baharu.
Tan kemudian menggunakan vape milik pelanggan rakannya yang dipasang pod yang mengandungi etomidate, menurut dokumen mahkamah.
Pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA), yang menjalankan operasi bersama di beberapa pusat hiburan, kemudian memasuki bilik tempat dia berada.
Rakan sekerja Tan meminta wanita itu menyembunyikan Kpod di bawah lengan bajunya yang panjang, tetapi para pegawai akhirnya menemui peranti tersebut.
Dalam keterangannya kepada pihak berkuasa, Tan berkata dia tahu pod itu mengandungi etomidate kerana rakannya tidak menghisap “pod vape biasa”.
Dia ditahan di kelab tersebut sejurus sebelum 1.00 pagi pada 16 Ogos 2025.
Tan ditangkap kali kedua memiliki Kpod ketika serbuan di kelab sama pada 28 September 2025. Kali ini, peranti itu ditemui dalam beg miliknya.
Siasatan mendapati Tan mula menghisap Kpod pada Julai 2025 dan sedar bahawa ia mengandungi etomidate.
Menurut dokumen mahkamah, dia “ketagih” Kpod dan kerap membeli bekalannya daripada pembekal Telegram bernama “Dr K” pada harga S$65 setiap satu.
Setiap pod mampu bertahan sepanjang hari dan Tan menghisap Kpod lima hari seminggu.
Tan berkata dia “berasa seperti zombi” selepas mengambil Kpod, selain berasa pening dan sukar bercakap.
TIDAK HADIR PROGRAM PEMULIHAN
Selepas dia mengulangi kesalahan pada September 2025, HSA mengeluarkan notis kepada Tan untuk menghadiri program pemulihan sebagai ganti pendakwaan. Notis itu menetapkan bahawa dia perlu menghadiri dan melengkapkan program pemulihan selama tiga bulan untuk berhenti menghisap vape.
Program itu juga perlu dimulakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh notis dikeluarkan.
Tan mengakui menerima arahan tersebut pada 2 Oktober 2025 dan dijadual menghadiri sesi pertama lima hari kemudian di Perkhidmatan Belia Persatuan Kanak-Kanak. Namun, dia tidak hadir.
Apabila dihubungi, Tan menjadualkan semula sesi pemulihan kepada 16 Oktober, lebih seminggu kemudian, tetapi sekali lagi gagal hadir.
Satu lagi percubaan dibuat untuk menjadualkan semula sesi itu pada penghujung bulan tersebut, tetapi Tan tidak dapat dihubungi mulai 18 Oktober.
Pendakwa raya HSA memberitahu mahkamah pada Jumaat bahawa Tan didapati tidak sesuai untuk menjalani probesyen, sambil menyatakan ibu tertuduh bersikap “terlalu berlembut”.
Beliau turut berkata risiko Tan mengulangi kesalahan adalah tinggi. Tertuduh kemudian didapati sesuai menjalani latihan pemulihan dan diarahkan mengikutinya.
Tan meminta hukuman ditangguhkan selama dua minggu supaya dia dapat meluangkan masa bersama ibunya dan menyelesaikan urusan peribadi.
Mahkamah membenarkan permintaan itu dan Tan dijangka memulakan hukumannya pada 3 Jun.
Bagi kesalahan memiliki etomidate, sejenis racun yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1938, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.