Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wang rizab negara S$53.7 bilion dikeluarkan bagi tangani krisis COVID-19

Pemerintah sudah mengeluarkan wang rizab negara berjumlah sama dengan 20 tahun lebihan fiskal bagi menangani krisis COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Feb 2021 09:57PM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 12:14AM

SINGAPURA: Pemerintah sudah mengeluarkan wang rizab negara berjumlah sama dengan 20 tahun lebihan fiskal bagi menangani krisis COVID-19.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menambah, jika lebih banyak rizab perlu dikeluarkan, negara harus melakukan yang terbaik untuk memastikan ia digunakan dengan wajar.

Ini di samping berusaha untuk terus berhemat secara fiskal untuk membina kembali simpanan negara.

Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam ucapan penutup perbahasan Belanjawan di Parlimen hari ini (26 Feb).

Pemerintah mengeluarkan sejumlah wang daripada rizab negara untuk tahun kedua berturut-turut bagi membiayai langkah-langkah sokongan COVID-19.

Jumlah keseluruhan dijangka mencecah S$53.7 bilion.

"Jika keadaan kesihatan awam dan ekonomi merosot dengan teruk dan keadaan fiskal kita menjadi lebih buruk daripada yang dijangkakan, pemerintah mungkin sekali lagi harus meminta persetujuan Presiden untuk menggunakan rizab negara bagi meneruskan pelaburan ekonomi agar rakyat Singapura dapat bangkit dengan lebih kukuh," kata DPM Heng.

Pelaburan tersebut, kata Encik Heng, diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Meskipun Singapura perlu meminjam untuk membiayai projek-projek prasarana jangka panjang dengan mengeluarkan bon sehingga S$90 bilion, pemerintah mesti mengelakkan daripada meminjam untuk perbelanjaan berulang.

Ini kerana pinjaman bukan satu bentuk pendapatan dan melakukannya secara berterusan akan menyebabkan jumlah hutang bertambah dengan banyak.

Oleh itu, Singapura mesti mencari sumber pendapatan yang berulang seperti menaikkan kadar cukai GST untuk membiayai perbelanjaan berulang.

Encik Heng juga berkata cukai kekayaan mungkin perlu dikaji semula tetapi menegaskan ia tidak akan menggantikan keperluan menaikkan cukai GST.

DPM Heng menjelaskan kenaikan GST sahaja tidak akan menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan perbelanjaan kesihatan dan sosial negara yang semakin meningkat.

Sumber : CNA/RR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan