Skip to main content

Singapura

Wang kertas baru, 'hampir baru' sempena Tahun Baru Cina mula disediakan 15 Jan

Wang kertas baru dan "hampir baru", yang lazimnya digunakan semasa Tahun Baru Cina, akan mula disediakan dari 15 Jan di ATM sementara POSB di merata negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Wang kertas baru, 'hampir baru' sempena Tahun Baru Cina mula disediakan 15 Jan

Para pelanggan boleh dapatkan wang kertas baru di 42 ATM sementara POSB. (Gambar: DBS)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 07:38PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 07:43PM

SINGAPURA: Wang kertas baru dan "hampir baru", yang lazimnya digunakan semasa Tahun Baru Cina, akan mula disediakan dari 15 Jan di ATM sementara POSB di merata negara. Demikian menurut DBS hari ini (14 Jan).

Para pelanggan boleh mendapatkan wang kertas tersebut di lebih banyak mesin ATM yakni 42 berbanding 36 tahun lalu, menurut satu kenyataan media.

ATM tersebut akan ditempatkan di 20 kelab masyarakat, dan akan beroperasi 24 jam, kecuali mesin di Chong Pang dan Teck Ghee, yang akan beroperasi dari 9.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.

DBS menambah bahawa para pelanggan juga boleh membuat tempahan wang kertas baru dan hampir baru di wadah online dan memilih tarikh mengambil wang kertas dari cawangan POSB.

Mulai 15 Jan, para pelanggan boleh melungsuri laman www.go.dbs.com/sg-cnynotes atau www.posb.com.sg/cnynotes untuk membuat tempahan wang kertas masing-masing.

Barisan beratur khas juga akan disediakan di cawangan POSB bagi warga emas dan golongan berkeperluan khas.

ATM POSB yang menyediakan wang kertas baru itu diperkenalkan pada 2015, dan kini sudah menjadi ciri popular menjelang Tahun Baru Cina. Tahun lalu, lebih 160,000 pelanggan menggunakan mesin ATM sementara itu, dengan kebanyakannya mendapatkan wang kertas masing-masing selepas waktu perbankan atau hari hujung minggu.

Para pelanggan boleh menggunakan kad DBS/POSB masing-masing untuk mengeluarkan wang kertas baru berjumlah S$100 (S$2 x 50), S$300 (S$10 x 30), S$500 (S$50 x 10) dan S$600 ($10 x 20 dan S$50 x 8).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita