Skip to main content

Singapura

Wang kertas 'baik seperti yang baru' akan disediakan bagi Tahun Baru Cina mulai 5 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Wang kertas 'baik seperti yang baru' akan disediakan bagi Tahun Baru Cina mulai 5 Jan

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 27 Dec 2022 07:18PM Dikemas Kini : 27 Dec 2022 07:19PM

SINGAPURA: Wang kertas 'baik seperti yang baru' sebagai angpau bagi Tahun Baru Cina akan disediakan dari 5 Januari 2023.

Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa (27 Dis).

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalak kelestarian alam sekitar, MAS dan Persatuan Bank Singapura (ABS) menggalak orang ramai supaya memberi wang kertas terpakai 'baik seperti yang baru' atau e-angpau.

Menurut MAS, wang kertas sedemikian, merujuk kepada wang kertas yang masih bersih secara amnya dan mempunyai mutu yang sesuai untuk edaran semula, termasuk sebagai hadiah semasa musim perayaan.

Keadaan wang kertas itu sudah disahkan oleh mesin pemprosesan wang kertas dan mempunyai mutu seperti wang kertas yang dikeluarkan daripada mesin juruwang automatik (ATM), menurut MAS.

Wang kertas 'baik seperti yang baru' itu merupakan pilihan yang lebih berdaya mampan, memandangkan wang kertas baru sering dikeluarkan semata-mata untuk memenuhi permintaan musim perayaan.

Malah, menurut MAS, langkah tersebut sebaliknya hanya akan mengeluarkan karbon yang tidak perlu dan menyumbang kepada pembaziran sumber.

Penguasa tersebut juga menambah bahawa permintaan awam bagi wang kertas sebagai hadiah semasa musim perayaan, biasanya dalam denominasi S$2 atau S$10, yang tidak boleh diperolehi dengan mudah dalam kuantiti yang dikehendaki daripada ATM.


Untuk menawarkan lebih banyak kemudahan kepada orang ramai, DBS, OCBC dan UOB akan menawarkan khidmat tempahan online bagi wang kertas 'baik seperti yang baru', selain wang kertas baru.

Para pelanggan perlu membuat tempahan awal melalui sistem tempahan online bank masing-masing jika mereka ingin menukar wang kertas mereka dengan wang kertas 'baik seperti yang baru' untuk dijadikan sebagai hadiah atau wang kertas baru di cawangan-cawangan bank tempatan. Langkah ini dapat mengurangkan kesesakan.

Hanya golongan kurang upaya dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas dibenarkan untuk berbuat demikian secara fizikal di bank tanpa sebarang tempahan online.

Di samping itu, DBS dan UOB juga akan menawarkan khidmat mengeluarkan wang kertas 'baik seperti yang baru' daripada cawangan-cawangan terpilih. Ini termasuk wang kertas S$2 dan S$10 dalam kuantiti yang lebih besar serta denominasi S$50.

Wang kertas baru juga boleh dikeluarkan tanpa sebarang tempahan perlu dibuat di mana-mana ATM DBS atau ATM UOB terpilih.

Para pelanggan bank lain boleh merujuk kepada laman web bank masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang penukaran wang kertas baru dan terpakai.

Tarikh bagi tempahan awal dan penukaran wang kertas terpakai dan baru adalah seperti berikut:

s

 

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita