Waktu operasi lebih singkat & zon aktiviti lebih kecil bagi lindungi peserta Let's Go Tour SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keselamatan di laut menjadi keprihatinan utama pusat-pusat sukan laut di sini.
Maka itu, jika perlu waktu operasi dipendekkan, zon aktiviti dikecilkan dan lebih banyak waktu diluangkan untuk melakukan pemantauan.
Semua itu agar para pelanggan dapat menikmati kegiatan di laut secara selamat, semasa musim tengkujuh ini.
Tempoh kegiatan para pendayung lakukan semakin pendek ekoran langkah berjaga-jaga, memandangkan laut yang bergelora pada musim monsun ini.
Mengikut peraturan Let's Go Tour SG, para pendayung dan pelayar yang sedang berlatih, perlu kembali ke pantai jika angin bertiup melebihi 18.5 kilometer sejam.
Untuk keselamatan mereka juga, zon aktiviti lebih kecil berbanding di luar musim tengkujuh.
Bagi sukan layar, zon kegiatan yang disaran kini dibataskan kepada 1.5 kilometer dari pantai.
Ini agar bot penyelamat boleh segera sampai ke kapal layar yang menghadapi masalah.
Semua peserta perlu dilengkapi jaket keselamatan sebelum memulakan pelayaran.
Mereka juga diberi taklimat tentang ramalan cuaca, termasuk kelajuan tiupan angin serta kemungkinan turunnya hujan.
Para pengendali bot pesiaran juga bergantung kepada ramalan cuaca sedemikian agar para pelanggan tidak kecewa dengan kegiatan yang dirancang.
Kadangkala, program pesiaran juga terpaksa dibatalkan, kerana cuaca tidak mengizinkan.
"Sebahagian daripada amalan kami adalah meneliti peta cuaca setiap hari, malah setiap jam bagi mengetahui keadaan di hadapan. Biasanya, beberapa jam sebelum berangkat, kami akan kerap memantaunya, serta berkomunikasi dengan pelanggan. Jika kemungkinan perlu dibatalkan, kami akan beritahu mereka seawal mungkin," kata Pengasas, Let's Go Tour SG, Robin Loh.
Musim monsun sekarang dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.