Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waktu operasi kereta api, bas dilanjutkan pada malam Tahun Baru

SBS Transit akan melanjutkan khidmat kereta api bagi Laluan MRT Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL) selama sekurang-kurangya dua jam pada malam Tahun Baru, menurut pengendali kereta api dan bas itu hari ini (26 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu operasi kereta api, bas dilanjutkan pada malam Tahun Baru

Bunga api bagi sambutan Tahun Baru 2017 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Dec 2018 09:41PM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 09:57PM

SINGAPURA: Mereka yang tidak ingin terlepas mengikuti acara sempena tahun baru ini akan mempunyai beberapa pilihan pengangkutan awam untuk pulang ke rumah.

SBS Transit akan melanjutkan khidmat kereta api bagi Laluan MRT Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL) selama sekurang-kurangya dua jam, menurut pengendali kereta api dan bas itu hari ini (26 Dis).

LRT Sengkang dan Punggol juga akan beroperasi sehingga kereta api terakhir masing-masing tiba di Sengkang dan Punggol.

Di Laluan Downtown pula, kereta api terakhir akan meninggalkan Stesen Bayfront - stesen terdekat dengan tapak berlangsungnya acara Tahun Baru di Marina Bay Singapore - pada 2.17 pagi (1 Jan) bagi khidmat kereta api menuju Stesen Expo dan jam 2.27 pagi bagi khidmat menuju Bukit Panjang.

Kereta api terakhir NEL menghala Punggol akan meninggalkan HarbourFront pada 2.16 pagi, melalui stesen Dhoby Ghaut pada 2.25 pagi.

Khidmat kereta api di Laluan Timur-Barat, Laluan Utara-Selatan, Laluan Circle serta LRT Bukit Panjang juga akan dilanjutkan, menurut SMRT di lamannya.

Sekiranya berlaku kesesakan, beberapa laluan keluar stesen MRT di sekitar Marina Bay mungkin ditutup dan orang ramai akan dilencongkan ke kawasan lain, menurut polis.

Polis menambah bahawa ia mungkin akan mengambil masa bagi orang ramai untuk meninggalkan kawasan acara itu. Lantaran itu, ia menasihati orang ramai supaya bersabar dan mengikuti arahan kakitangan keselamatan.

KHIDMAT BAS

Di samping khidmat kereta api yang dilanjutkan, waktu operasi sekurang-kurangnya 26 khidmat bas SBS Transit dan 13 khidmat bas SMRT juga akan dilanjutkan.

Jadual sejumlah khidmat bas kedua-dua pengendali juga akan disemak sempena Malam Tahun Baru.

PENUTUPAN JALAN RAYA

Bagi memudahkan acara tersebut, sebahagian atau seluruh jalan-jalan raya tertentu akan ditutup.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan