Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waktu operasi hujung minggu di Laluan Thomson-East Coast bermula 8 pagi selama 3 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai 26 Februari, khidmat kereta api di laluan Thomson-East Coast (TEL) akan bermula lebih lewat pada hujung minggu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali kereta api SMRT pada Jumaat (11 Feb). 

Kereta api di laluan tersebut, dari Woodlands North hingga Caldecott, akan bermula pada 8.00 pagi setiap Sabtu dan Ahad antara 26 Februari hingga 29 Mei. 

Namun, waktu operasi kereta api pada Isnin hingga Jumaat serta khidmat MRT terakhir tidak berubah. 

Kereta api di laluan TEL biasanya beroperasi dari 5.48 pagi sehingga kira-kira tengah malam. 

LTA dan SMRT menyatakan bahawa waktu operasi lebih singkat pada hujung minggu akan memberi lebih banyak masa bagi untuk melakukan ujian terhadap sistem bersepadu dan kereta api di stesen-stesen yang sudah beroperasi, dan juga stesen TEL yang akan dibuka lewat tahun ini. 

LTA dan SMRT menarik perhatian bahawa aturan serupa dilaksanakan untuk menyokong aktiviti menguji fasa kedua laluan tersebut, yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu. 

"Penumpang masih boleh menggunakan khidmat bas sedia ada seperti 162/162M, 167, 855, 856 dan 980 untuk perjalanan di sepanjang laluan TEL," menurut LTA dan SMRT. 

"Mereka juga boleh menggunakan sebilangan khidmat tersebut untuk menukar ke laluan kereta api yang lain, seperti Laluan Utara-Selatan (NSL) atau Laluan Circle Line, untuk meneruskan perjalanan mereka di rangkaian kereta api tersebut," tambah mereka lagi. 

LTA dan SMRT menasihatkan penumpang supaya menyemak kemas kini perjalanan sebelum melakukan perjalanan mereka, sambil menambah bahawa maklumat disediakan di akaun Facebook dan Twitter LTA dan SMRT, serta aplikasi SMRTConnect dan MyTransport.SG.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan