Skip to main content

Singapura

Waktu operasi bas, kereta api dilanjutkan sempena malam Tahun Baru

Waktu operasi bagi sesetengah khidmat kereta api dan bas akan dilanjutkan pada malam Tahun Baru (31 Dis) sehingga awal pagi 1 Januari depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu operasi bas, kereta api dilanjutkan sempena malam Tahun Baru

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 08:51PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 08:54PM

SINGAPURA: Waktu operasi bagi sesetengah khidmat kereta api dan bas akan dilanjutkan pada malam Tahun Baru (31 Dis) sehingga awal pagi 1 Januari depan.

Pengendali pengangkutan SMRT pada Rabu (23 Dis) menyatakan bahawa ia akan melanjutkan waktu operasi bagi tiga laluan kereta api - Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat dan Laluan Circle.

Khidmat bas tertentu juga akan melanjutkan waktu operasi masing-masing bagi membolehkan para penumpang kereta api terakhir menaiki bas-bas tersebut, menurut SMRT.

Awal bulan ini, SMRT mengumumkan bahawa waktu operasi bagi 10 khidmat bas sebelah malam akan dibawa ke sebelah petang pada malam Krismas dan malam Tahun Baru.

Ini termasuk khidmat bas 971 dan 981; khidmat 'City Direct' 652, 653, 656, 657 and 670; dan khidmat bas ekspres 951E, 963E dan 982E.

Selain itu, SBS Transit menyatakan bahawa waktu operasi bagi 17 khidmat basnya akan dibawa ke waktu operasi sebelah tengah hari pada malam Krismas dan malam Tahun Baru.

Ini termasuk khidmat 10E, 14E, 30E, 74E, 89E, 151E, 174E, 196E, 513, 654, 655, 660, 667, 668, 671, 672 dan 850E.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita