Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waktu kerja panjang, isu dera masih antara cabaran pengawal keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu kerja panjang, isu dera masih antara cabaran pengawal keselamatan

Gambar fail pegawai keselamatan.

SINGAPURA: Masa bekerja yang panjang dan isu penderaan terus membelenggu para pengawal keselamatan, walaupun ada peningkatan kepada keadaan pekerjaan mereka.

Demikian menurut satu tinjauan ke atas lebih 1,000 pekerja keselamatan.

Kesatuan yang mewakili mereka percaya, satu model kontrak baru dapat menghuraikan cabaran-cabaran tersebut.

Dalam tinjauan oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan itu, empat daripada setiap 10 pengawal keselamatan menyatakan mereka pernah dianiaya oleh orang awam.

Ia termasuklah diancam, dimarahi dengan kata-kata kesat dan dicabar.

Satu lagi cabaran kronik ialah perlunya bekerja lembur.

Bayaran lembur meliputi sepertiga daripada jumlah gaji pengawal keselamatan.

Dalam tinjauan itu, 55 peratus berpuas hati dengan peluang kenaikan gaji, sementara 47 peratus responden pula berpuas hati dengan peluang naik pangkat.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan