Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wakaf Masyarakat Singapura harap dapat suburkan semangat berwakaf

Setelah diumumkan penubuhan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) tiga tahun lalu, Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli memberi perkembangannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri tahun ini pada Jumaat (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setelah diumumkan penubuhan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) tiga tahun lalu, Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli memberi perkembangannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri tahun ini pada Jumaat (28 Apr).

Menurut beliau, MUIS hampir selesai menubuhkan WMS dan sedang berusaha memastikan struktur undang-undangnya lengkap bagi tadbir urus wakaf tersebut.

Meskipun belum lagi ditubuhkan secara rasmi, beberapa individu sudahpun tampil untuk berikrar bagi WMS.

Antara mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties, Salleh Marican yang mengikrarkan jumlah $2,222,222 kepada dana tersebut.

"Saya percaya individu yang bernasib baik yang mendapat rezeki melebihi, harus asingkan sebahagian harta mereka. Inikan harta dunia untuk menolong orang yang susah dan juga menyokong masyarakat. Kalau kita tak tolong masjid-masjid kita, tak sokong agama kita, siapa akan sokong?" kata Encik Salleh.

Sumbangan ini kata Encik Masagos antara kunci kemajuan dan kejayaan masyarakat.

Menurut MUIS, dana tersebut akan disalurkan kepada pembangunan asatizah, masjid dan madrasah serta inisiatif-inisiatif kemasyarakatan untuk 30 tahun akan datang.

Ini seperti hasil harta yang diwakafkan generasi sebelum ini.



"Sangat penting untuk membantu satu sama lain para moyang kita sudah tinggalkan banyak harta wakaf yang khususnya membantu golongan India Muslim. Harta wakaf seperti contoh wakaf Chulia yang membantu Jamiyah Al-Abrar, Masjid Al-Abrar dan Persatuan Nagore Dargah," kata Presiden Persatuan India Muslim Bersatu, Farihullah Abdul Wahab Safiullah.

Encik Masagos berharap WMS dapat suburkan kembali semangat berwakaf masyarakat.

Wakaf terakhir oleh seorang individu yang dicatatkan di Singapura adalah hampir lima dekad lalu iaitu pada tahun 1978.

Ia merupakan wakaf oleh Shaikh Taha Abubakar Mattar di mana sebahagian pendapatan yang dijana digunakan bagi membiayai keperluan Masjid Sallim Mattar.

Bagi individu yang berminat untuk mengikrarkan aset mereka bagi WMS boleh menghubungi MUIS atau layari laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp//IZ/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan