Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wajib pakai pelitup ke pusat beli-belah, pasar raya mulai Ahad 12 Apr

Mulai Ahad (12 Apr), orang ramai yang mengunjungi pasar raya, kedai serbaneka, farmasi dan pusat beli-belah perlu memakai pelitup, menurut Enterprise Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Anggaran Waktu Membaca:
Wajib pakai pelitup ke pusat beli-belah, pasar raya mulai Ahad 12 Apr

Pelanggan kelihatan memakai pelitup di sebuah pasar raya di Singapura (Gamber: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 12 Apr 2020 12:00AM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 12:08AM

SINGAPURA: Mulai Ahad (12 Apr), orang ramai yang mengunjungi pasar raya, kedai serbaneka, farmasi dan pusat beli-belah perlu memakai pelitup, menurut Enterprise Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Mereka yang tidak memakai pelitup tidak akan dibenarkan masuk, menurut kenyataan bersama kedua-dua agensi Pemerintah itu pada Sabtu (11 Apr).

"Pelanggan mesti memakai pelitup ketika mengunjungi pusat beli-belah. Pusat membeli-belah, pemilik hartanah dan pasar raya akan melarang kemasukan mereka yang tidak memakai pelitup untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan pelanggan lain," menurut agensi-agensi itu.

Langkah terbaru itu dibuat selepas pengumuman mewajibkan pemakaian pelitup di pasar basah dan pengangkutan awam.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Agensi Sekitaran Nasional (NEA) juga meningkatkan syarat pemakaian pelitup kepada para pekerja dan pengunjung pasar basah. Mereka yang tidak memakai pelitup tidak akan dibenarkan memasuki 40 pasar yang diuruskan oleh pengendali yang dilantik oleh NEA atau NEA mulai Ahad.

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata dalam catatan Facebook pada Sabtu bahawa memakai pelitup akan diwajibkan bagi penumpang pengangkutan awam.

Sementara itu, semua pekerja yang menjual atau menyediakan makanan perlu memakai pelitup atau pelindung muka mulai Sabtu, kata SFA.

Enterprise Singapore dan STB menyatakan pasar-pasar raya sebelum ini meletakkan papan-papan tanda untuk menggalakkan orang ramai memakai pelitup apabila membeli-belah sejak seminggu dua yang lalu.

LANGKAH TAMBAHAN JARAK SELAMAT

Badan-badan itu juga menambah sejak langkah-langkah jarak selamat yang diperketat bermula pada Selasa, langkah-langkah tambahan seperti penanda baris beratur, jualan atrium untuk menebarkan orang ramai dan kemasukan terkawal untuk memastikan jumlah pelanggan yang ada di kedai masih boleh diurus.

Enterprise Singapore juga mengesyorkan agar orang ramai:

  • melawat pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi pada hari kerja atau waktu tidak sibuk pada hujung minggu, seberapa mungkin
  • buat pembelian mereka dengan pantas dan elak berlegar selepas membuat pembelian
  • berhenti membawa ahli keluarga ke pasar raya, terutamanya anak kecil dan warga emas, untuk mengurangkan kesesakan
  • pertimbangkan untuk melawat kedai-kedai lain jika cawangan yang mereka langgani penuh sesak. Orang ramai juga boleh merujuk kepada http://www.spaceout.gov.sg untuk mengetahui kesesakan di pusat beli-belah dan pasar raya

Mereka juga mengatakan Enterprise Singapore, STB dan agensi pemerintah lain akan terus meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam tempoh "circuit breaker".

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan