Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waitrose Basil Pesto Green, Pesto Tomato ditarik balik; tidak isytihar bahan alahan

Agensi Makanan Singapura (SFA) mengeluarkan arahan untuk menarik balik dua produk pesto di bawah jenama Waitrose dari pasaran pada Selasa (24 Dis) kerana tidak mengisytiharkan kandungan bahan kacang tanah yang boleh menyebabkan alahan pada label produknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Waitrose Basil Pesto Green, Pesto Tomato ditarik balik; tidak isytihar bahan alahan

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 25 Dec 2019 08:02AM Dikemas Kini : 25 Dec 2019 08:11AM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengeluarkan arahan untuk menarik balik dua produk pesto di bawah jenama Waitrose dari pasaran pada Selasa (24 Dis) kerana tidak mengisytiharkan kandungan bahan kacang tanah yang boleh menyebabkan alahan pada label produknya.

Arahan untuk menarik balik Waitrose Basil Pesto Green (190g) and Waitrose Pesto Tomato (190g) pertama kali dikeluarkan oleh Sistem Amaran Pantas Suruhanjaya Eropah bagi Makanan dan Makanan Haiwan (EU RASFF).

"Oleh kerana produk-produk tersebut diimport ke Singapura, Agensi Makanan Singapura telah mengarahkan pengimportnya supaya menarik balik produk berkenaan. Proses menarik balik produk tersebut sedang dijalankan," menurut kenyataan SFA.

"Para pengguna yang sudah membeli produk terjejas, dan mempunyai alahan terhadap kacang tanah, tidak harus memakannya," tambah SFA.

Agensi tersebut bagaimanapun tidak pula mendedahkan bila arahan untuk menarik balik produk berkenaan pertama kali dikeluarkan oleh EU RASFF.

Para pengguna boleh menghubungi pihak pengimport, Cold Storage Singapore, di talian 1800 8918 100 bagi sebarang pertanyaan dan berhubung penukaran produk.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan