Skip to main content

Singapura

Wadah pengkomputeraan awan baru dilancar bagi syarikat guaman seawal 2022

Sebuah wadah pengkomputeraan awan akan dilancarkan bagi syarikat-syarikat guaman menjelang suku pertama tahun depan bagi memudahkan proses seperti tadbir urus.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Sep 2021 07:15PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 08:47PM

SINGAPURA: Sebuah wadah pengkomputeraan awan akan dilancarkan bagi syarikat-syarikat guaman menjelang suku pertama tahun depan bagi memudahkan proses seperti tadbir urus.

Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong mendedahkan butiran lanjut projek itu semasa persidangan tahunan berhubung undang-undang dan teknologi.

Encik Tong berkata wadah itu bertujuan membantu syarikat-syarikat guaman mengurus proses-proses seperti bayaran bil, menyusun jadual dan sebagainya.

Ciri-ciri bagi proses seperti perbankan dan urus niaga pemerintah juga sedang diusahakan.

Inisiatif tersebut sebahagian daripada usaha pemerintah untuk membantu industri guaman mendakapi pendigitalan.

Kementerian Undang-Undang juga sedang bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi membantu firma-firma guaman menilai tahap kesediaan masing-masing untuk pendigitalan.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita