Skip to main content

Singapura

Wadah pembelajaran bersama pertama bagi industri kewangan dilancarkan hujung tahun ini

Singapura dijangka memperkenalkan wadah pembelajaran bersama yang pertama bagi industri kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Sep 2021 07:10PM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 09:19PM

SINGAPURA: Singapura dijangka memperkenalkan wadah pembelajaran bersama yang pertama bagi industri kewangan.

Wadah itu mengandungi pengalaman daripada institusi-institusi kewangan, yang boleh digunakan bagi membantu mengadakan model-model penilaian yang lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkannya di majlis pelancaran Institut Asia bagi Kewangan Digital siang tadi (3 Sep).

Wadah itu pula yang dikenali sebagai Konsortium Analitik Kredit Perusahaan Kecil dan Sederhana akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

DPM Heng berkata institusi-institusi kewangan boleh menilai kredit masing-masing dengan lebih berkesan, mengurangkan risiko di pihak bank dan mengurangkan kadar faedah.

Beliau berharap kerjasama yang terjalin itu dapat diluaskan ke negara-negara lain di Asia Tenggara kerana ia boleh memenuhi keperluan industri kewangan serantau.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita