Wadah online SGH dipertingkat bagi bantu pesakit pantau bekalan ubat
SINGAPURA: Lebih 170,000 pesakit dijangka meraih manfaat daripada wadah online Hospital Besar Singapura (SGH) yang telah dipertingkat.
Para pesakit kini boleh menjejaki bekalan ubat-ubatan dengan lebih mudah, mendapatkan rekod mereka secara elektronik, serta memesan ubat secara online, tanpa perlu menjejakkan kaki ke dalam farmasi.
Pelbagai institusi lain di bawah SingHealth dijangka bakal memanfaatkan wadah yang sama dalam tahun-tahun mendatang.
Para pesakit kini boleh memeriksa dan memantau baki ubat-ubatan mereka secara online, sesuatu yang berguna bagi golongan yang perlu memakan pelbagai ubat.
Sebelum ini, mereka hanya boleh melihat preskripsi ubat di app yang tersedia, namun perlu memantau sendiri baki bekalan ubat.
Memesan ubat juga kini semakin mudah, dengan hanya perlu memilih jenis ubat dan jumlah yang diperlukan sebelum ia dikirimkan kepada mereka.
Mereka yang kurang selesa dengan teknologi sebegini, boleh melantik seorang wakil atau pengasuh untuk menguruskannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.