Wadah, kaedah perundangan mungkin diperlukan bagi tangani campur tangan asing, dedah Josephine Teo
Instrumen perundangan mungkin diperlukan untuk membolehkan Singapura memberikan respons yang lebih baik terhadap kempen-kempen maklumat yang berunsur bermusuhan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi negara ini daripada campur tangan asing dalam ehwal politik negara.
(Gambar hiasan: Mediacorp)
SINGAPURA: Instrumen perundangan mungkin diperlukan untuk membolehkan Singapura memberikan respons yang lebih baik terhadap kempen-kempen maklumat yang berunsur bermusuhan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi negara ini daripada campur tangan asing dalam ehwal politik negara.
Wadah dan kaedah seperti ini akan membolehkan Pemerintah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiasat kempen-kempen seumpama itu bagi menentukan sama ada ia berasal dari luar negara atau palsu, menurut Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo pada Isnin (1 Mac).
Ia juga akan membolehkan pihak berkuasa untuk "membanterasnya daripada terus menular" jika ia didalangi oleh para pelaku luar negara yang cuba mempengaruhi politik Singapura dan berniat untuk menyebarkan mesej yang cuba memecahbelahkan negara, menurutnya lagi.
Pemerintah sedang mengkaji pendekatan negara-negara lain terhadap kempen-kempen sedemikian, tambahnya.
"Singapura perlu terbuka kepada dunia untuk menyara kehidupan. Namun kepelbagaian dan sikap terbuka kita juga menawarkan peluang kepada para pelaku dan anasir luar," menurut Cik Teo semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MHA.
KANDUNGAN ONLINE BERBAHAYA DAN PENGGANASAN
Campur tangan luar dikenal pasti oleh Cik Teo sebagai salah satu "cabaran utama dan ancaman baru" yang perlu diberikan perhatian oleh MHA, dengan dua lagi adalah pengganasan dan kandungan online yang berbahaya.
"Sesetengah platform berusaha sedaya upaya untuk menangani kandungan berbahaya. Tetapi tidak semua platform mengutamakan kepentingan masyarakat. Ini adalah sesuatu yang dijangkakan - platform-platform dipacu oleh nilai-nilai dan kepentingan komersil masing-masing," menurutnya, sambil menambah bahawa banyak negara melihat perlunya peraturan dilaksanakan.
Sebagai contoh, Jerman meluluskan undang-undang yang mewajibkan platform-platform untuk memberikan respons terhadap aduan pengguna mengenai kandungan yang melanggar undang-undang, katanya lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.