Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wadah Giving.SG kumpul S$61 juta sejak awal tahun ini

Lebih S$61 juta dikumpulkan menerusi wadah online Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC) untuk pelbagai usaha di Singapura sejak awal tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Wadah Giving.SG kumpul S$61 juta sejak awal tahun ini

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 02 Oct 2020 10:27PM Dikemas Kini : 02 Oct 2020 10:29PM

SINGAPURA: Lebih S$61 juta dikumpulkan menerusi wadah online Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC) untuk pelbagai usaha di Singapura sejak awal tahun ini.

Jumlah itu membentuk lebih 30 peratus daripada yang dikumpulkan menerusi laman Giving.sg sejak wadah tersebut dilancarkan pada 2010.

Menurut NVPC, sebahagian besar daripada dana itu disalurkan untuk membantu usaha-usaha berkaitan COVID-19 seperti bantuan untuk pekerja barisan hadapan dan pekerja asing.

Derma untuk kegiatan seni dan warisan dan perkhidmatan sosial bagaimanapun mengalami kemerosotan besar sehingga 80 peratus.

Bagi membantu badan-badan amal seperti ini, lebih S$800,000 sudah terkumpul menerusi satu acara persembahan amal yang dilancarkan pada Jun.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan