Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wadah baru SingPost maklumkan pelanggan 30 minit sebelum bungkusan tiba

Tidak lama lagi, Singapore Post mungkin akan menghantar kiriman SMS kepada para pelanggan setengah jam sebelum bungkusan mereka tiba, dengan wadah logistik baru yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI).

Anggaran Waktu Membaca:
Wadah baru SingPost maklumkan pelanggan 30 minit sebelum bungkusan tiba

Gambar fail van Singapore Post.

Diterbitkan : 11 Dec 2018 10:10AM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 10:14AM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, Singapore Post mungkin akan menghantar kiriman SMS kepada para pelanggan setengah jam sebelum bungkusan mereka tiba, dengan wadah logistik baru yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (10 Dis), penyedia khidmat pos itu menyatakan bahawa ia sedang memperkenalkan AI dalam wadah logistik serantaunya LaMP (Last Mile Platform). Ia merupakan satu langkah yang akan membolehkan Singapore Post meningkatkan pemantauan bungkusan, merancang perjalanan bagi penghantaran bungkusan serta memaklumkan pelanggan mengenai penghantaran.

Sofwe perancangan laluan AI, yang dihasilkan oleh LogiNext, dijangka disepadukan dengan LaMP menjelang tahun depan.

"Sofwe LogiNext juga berupaya menganalisis dan secara proaktif, memaklumkan semua pihak berkepentingan mengenai perjalanan si penghantar. Dengan keupayaan ini, para pelanggan akan menerima makluman setengah jam sebelum bungkusan mereka tiba iaitu satu peningkatan ketara dari segi memudahkan proses penghantaran.

"Ini terutamanya penting bagi bandar-bandar yang padat dengan penduduk seperti Bangkok dan Jakarta, di mana para pelanggan tidak diberikan masa ketibaan yang tepat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kesesakan jalan raya dan keadaan cuaca buruk," tambahnya.

Sofwe itu juga akan membolehkan wadah LaMP untuk merancang secara bebas laluan penghantaran bungkusan yang terbaik, berdasarkan faktor-faktor seperti destinasi bungkusan, masa penghantaran terpilih dan maklumat masa nyata seperti keadaan trafik dan cuaca.

SingPost turut menyatakan bahawa ciri itu akan ditawarkan kepada semua pasaran Asia Tenggara di bawah wadah LaMP.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan