Skip to main content

Singapura

Wadah baru diperkenal bagi pembeli akses rekod ejen hartanah

Orang ramai kini boleh mengakses secara online rekod ejen hartanah bagi urus niaga jual semula flat HDB yang dilakukan sepanjang dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2019 09:32PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 09:45PM

SINGAPURA: Orang ramai kini boleh mengakses secara online rekod ejen hartanah bagi urus niaga jual semula flat HDB yang dilakukan sepanjang dua tahun lalu.

Ini merupakan satu inisiatif baru oleh Majlis bagi Agensi Hartanah (CEA) bagi memastikan rekod yang lebih telus.

Menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE), jumlah kes yang melibatkan ejen hartanah naik dari 21 pada 2016 kepada 38 pada 2018.

Aduan tersebut kebanyakannya mengenai khidmat ejen hartanah yang tidak memuaskan.

Antara maklumat tambahan yang boleh didapatkan di laman CEA adalah seperti sama ada para ejen hartanah aktif menguruskan urus niaga jual beli flat HDB dalam sepanjang dua tahun lalu.

Bermula dari hujung tahun ini, CEA juga merancang untuk menyediakan rekod urus niaga flat sewa HDB serta hartanah privet. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita