Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wadah baru bagi permudah urus niaga perdagangan, logistik dilancar

Urus niaga dagangan akan menjadi lebih mudah dengan pelancaran wadah baru bagi pendigitalan dokumen dan proses.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Sep 2018 07:08PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 09:17PM

SINGAPURA: Urus niaga dagangan akan menjadi lebih mudah dengan pelancaran wadah baru bagi pendigitalan dokumen dan proses.

Wadah itu akan membantu meningkatkan daya penghasilan, daya saingan dan mewujudkan peluang-peluang baru.

Sekarang ini, satu urus niaga dagangan boleh melibatkan lebih 25 pihak dan sehingga 40 dokumen.

Sebanyak 60 hingga 70 peratus maklumat perlu dimasukkan secara manual sekurang-kurangnya sekali.

Namun dengan "Networked Trade Platform" (NTP), semua senarai pemain rentas rangkaian dagangan akan disediakan di wadah yang sama.

Para pedagang boleh mengongsi dokumen digital utama dalam permohonan bagi urus niaga dagangan menerusi wadah tersebut.

Dengan senarai perkhidmatan tambah nilai yang berkaitan dagangan seperti tempahan kiriman kargo, syarikat-syarikat juga akan dapat mengaturkan kiriman dengan mudah dan menguruskan pematuhan syarat dagangan dengan lebih baik.

NTP dilancarkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Rabu (26 Ogos).

Menurut Encik Heng, NTP akan membantu perniagaan dan pelanggan mengurangkan masa menunggu dan menerima barangan serta bayaran lebih cepat.

Sejauh ini, hampir 800 syarikat dari pelbagai perusahaan, termasuk dagangan dan logistik sudahpun mendaftar untuk menggunakan NTP.

Tiga lagi perkhidmatan mengenai penguatkuasaan, daftar kapal dan lesen proses akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang. 

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan