Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wadah baru bagi peguam urus kes, kongsi dokumen

Wadah Teknologi Guaman bertujuan membantu firma-firma memperkemas urusan kerja harian mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2022 08:03PM Dikemas Kini : 20 Jul 2022 12:46AM
SINGAPURA: Para peguam kini boleh memanfaatkan wadah teknologi baru untuk mengendalikan kes dan berkongsi dokumen dengan klien dan rakan-rakan kerja.

Wadah Teknologi Guaman bertujuan membantu firma-firma memperkemas urusan kerja harian mereka.

Ia juga boleh membantu firma-firma kecil dan sederhana yang berdepan dengan sumber terhad, untuk mendakap teknologi guaman.

Dengan bantuan dana, firma-firma guaman yang layak perlu membayar S$21 setiap bulan bagi setiap pengguna, buat dua tahun pertama.

Harga langganan biasa adalah S$69.

Wadah itu dibangunkan oleh Kementerian Undang-Undang dan firma teknologi Lupl.

Ia boleh membantu menguruskan butir-butir bil dan boleh dihubungkan dengan huraian digital lain seperti Google Docs.

Terdapat rancangan untuk mempertingkat wadah itu dengan ciri-ciri tambahan.

Pengarah Urusan Albakri LLC, Muslim Albakri berkata: "Sistem LTP ini boleh memudahkan proses seharian dan proses kerja pentadbiran firma guaman.

"Ini boleh menjimatkan masa dan boleh memberi peluang untuk firma-firma guaman menumpukan masa dan usaha kepada klien-klien."

Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata: "Ia adalah untuk membantu firm-firma guaman kekal berdaya saing dalam dunia ini. Dan sama ada anda memiliki firma dikendalikan sendiri, firma lima peguam atau firma saiz sederhana - untuk memberikan anda akses kepada teknologi agar lebih memudahkan, membantu anda memahaminya, membantu melatih anda, menjadikannya lebih berkesan dari segi kos dan melibatkan anda dalam sistem itu dan menyelesaikan masalah bagi anda.

"Jadi ia merupakan pendekatan menyeluruh yang direka bentuk untuk membantu firma-firma guaman berkembang maju dan juga membuat pelaburan."
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan