Wadah baharu dilancarkan bantu warga SG teliti premium, pelan insurans
Satu wadah Perancang Insurans Kesihatan yang baharu dijangka memudahkan rakyat Singapura untuk memahami dan merancang keperluan mereka.
Untuk membolehkan pekerja berusia tidak hanya mendapat gaji yang lebih tinggi, pemerintah juga meningkatkan kadar caruman 1.5 peratusan mata ke dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka. (Gambar: Today)
Ini mungkin dapat membantu dalam menilai dan membuat keputusan sukar mengenai perlindungan pelan insurans kesihatan swasta, disebabkan oleh kerumitannya.
Buat masa ini, terdapat tiga peringkat insurans jagaan kesihatan.
Semua rakyat Singapura mempunyai perlindungan di bawah MediShield Hayat iaitu pelan insurans kesihatan negara yang paling asas sekali.
Sebanyak 70 peratus rakyat juga memilih untuk membeli Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) yang ditawarkan oleh penyedia privet.
Skim insurans itu menyediakan perlindungan bagi rawatan di hospital privet atau kelas wad lebih tinggi di hospital awam.
Ada yang juga memilih faedah tambahan atau 'rider', yang menyediakan lebih banyak faedah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.