Wadah baharu beri mahasiswa peluang cipta huraian undang-undang bersama masyarakat
(Gambar: Edwin Tong\Facebook)
SINGAPURA: Sistem undang-undang Singapura perlu berkembang untuk menepati keperluan masyarakat, terutama bagi golongan yang mudah terjejas.
Menteri Undang-undang Edwin Tong berkata demikian semasa pelancaran "Makmal Bersama Akses kepada Keadilan Masyarakat" pada Sabtu (20 Sep).
Ia sebuah platform untuk para mahasiswa dari Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) boleh bekerjasama dengan masyarakat untuk sama-sama melakarkan huraian undang-undang, meningkatkan kecelikan terhadap undang-undang, dan akses kepada keadilan.
"Secara amnya, kami mahu bergerak melangkaui klinik undang-undang biasa atau persekitaran bilik darjah dan juga memberi peluang kepada para mahasiswa untuk bekerjasama dengan anggota masyarakat dalam proses penciptaan bersama berlandaskan pemahaman dunia sebenar, dan keperluan undang-undang sosial," kata Menteri Undang-Undang Edwin Tong.
Beliau menambah: "Rangka kerja ini akan bermula dari peringkat awal dan membolehkan para mahasiswa mendapat pengalaman menggunakan prinsip undang-undang, bukan sekadar mengetahui, tetapi juga mengamalkannya dan melihat cara ia beroperasi dalam kehidupan sebenar.
"Dan saya rasa ia sesuatu yang memberi motivasi, menggalakkan dan memberikan para mahasiswa undang-undang tujuan, dan pada masa yang sama melakarkan huraian yang sangat praktikal untuk masyarakat kami."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.