Wadah baharu A*Star tawar syarikat SG akses kepada teknologi EV
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang bersiap sedia bagi gelombang kenderaan elektrik (EV), dengan platform penyelidikan & pengembangan (R&D) yang baharu.
Dilancarkan oleh A*STAR, ia memberi syarikat-syarikat tempatan akses kepada bahan-bahan baharu yang penting untuk teknologi EV.
Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng berkongsi demikian di persidangan para pemimpin rantaian bekalan semikonduktor.
Lebih 700 syarikat dari 23 negara berada di sini untuk mempamerkan gelombang inovasi semikonduktor seterusnya.
Singapura sedang berusaha memanfaatkan peluang-peluang tersedia, dengan membuka makmal R&D bertaraf industri yang pertama di dunia untuk Silicon Carbide.
Bahan tersebut dijangka menjadi pemangkin perubahan dalam pengeluaran cip semikonduktor.
Ini kerana aplikasi penggunaannya yang sangat luas, serta keupayaan untuk menjana teknologi seperti kenderaan elektrik.
Dengan menyediakan pelbagai sokongan, Singapura juga berusaha untuk mengembangkan bakat dalam bidang tersebut.
Syarikat-syarikat utama akan menawarkan latihan industri pelajar, penempatan kakitangan dan mempromosikan projek bersama.
Namun sepanjang persidangan,perbincangan tentang tarif, dan bukan teknologi, yang mendapat sorotan besar.
Dr Tan berkata: "Kini ada kemungkinan besar tarif yang disasarkan kepada semikonduktor akan diperkenalkan.
"Ini menimbulkan keresahan di kalangan syarikat-syarikat, yang tidak pasti tentang kesan terhadap permintaan bagi produk mereka, serta kemungkinan gangguan kepada rantaian bekalan mereka. Sesetengah syarikat sudah pun menggantung pelaburan mereka."

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.