Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

VTL S'pura-Arab Saudi, Qatar, UAE 'berita baik' bagi rakyat Singapura di sana, kata Dr Maliki

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman menyifatkan perjalanan udara rentas-sempadan dengan Qatar, Arab Saudi dan UAE di bawah Laluan Perjalanan Buat Individu Yang Divaksin (VTL) yang akan dimulakan pada 6 Disember nanti sebagai "berita baik" untuk rakyat Singapura di negara-negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
VTL S'pura-Arab Saudi, Qatar, UAE 'berita baik' bagi rakyat Singapura di sana, kata Dr Maliki

(Gambar: Rosli Razak/BERITAmediacorp)

SINGAPURA: Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman menyifatkan perjalanan udara rentas-sempadan dengan Qatar, Arab Saudi dan UAE di bawah Laluan Perjalanan Buat Individu Yang Divaksin (VTL) yang akan dimulakan pada 6 Disember nanti sebagai "berita baik" untuk rakyat Singapura di negara-negara tersebut.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, menerusi catatan Facebook hari ini (16 Nov) berkongsi bahawa beliau sempat bertemu mereka semasa mengunjungi negara-negara Timur Tengah pada bulan lalu.

"Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak sabar menunggu pengaturan sedemikian dan saya gembira VTL akan membantu mereka bersatu semula dengan orang tersayang," kata Dr Maliki.

Beliau menambah, pelaksanaan aturan VTL itu juga akan membantu mengukuhkan pelibatan ekonomi Singapura dengan negara-negara Timur Tengah khususnya kerana masyarakat perniagaan kini boleh bertemu muka dalam menjalankan urusan bersama.

"Bagi mereka yang merancang untuk melawat Ekspo 2020 Dubai, sila lihat Pavilion Singapura yang indah apabila anda berada di sana!," tambah Dr Maliki

Selain daripada membantu mempererat silaturahim antara rakyat tempatan dengan insan-insan tersayang yang berada di negara-negara Timur Tengah, pelancaran itu turut akan memudahkan masyarakat Melayu/Islam Singapura yang ingin melakukan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah.

Ini bermakna, para jemaah umrah dapat mengerjakan umrah mereka tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka pulang ke Singapura, ujar Dr Maliki.

Sehubungan itu, Dr Maliki turut menasihatkan supaya langkah berjaga-jaga dipatuhi termasuk mengambil dos penggalak apabila ditawarkan dan terus berhati-hati semasa menunaikan ibadah umrah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan