Volocopter bakal lancar khidmat teksi udara di S'pura dalam 3 tahun
Khidmat teksi udara dapat dijangkakan tidak lama lagi di Singapura.
SINGAPURA: Khidmat teksi udara dapat dijangkakan tidak lama lagi di Singapura.
Ini selepas syarikat Jerman Volocopter bakal melancarkan khidmat teksi udara yang menyasarkan kepada para pelancong bagi menghidupkan semula sektor yang terjejas oleh pandemik sekarang.
Orang ramai boleh menikmati perjalanan udara yang menakjubkan di Marina Bay dan kawasan perairan di selatan Singapura.
Ujian penerbangan berjalan dengan lancar tahun lalu, namun lebih banyak ujian perlu dijalankan sebelum ia mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa.
Ia juga akan mengukuhkan jumlah kakitangannya di Singapura dengan sejumlah 50 orang dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menjelang 2026, ia berharap akan mengambil 200 pekerja sepenuh masa untuk menguruskan rangkaian perjalanan domestik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.