Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

VivoCity, ION Orchard antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

VivoCity, ION Orchard antara tempat  dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
VivoCity, ION Orchard antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

VivoCity, ION Orchard dan CHIJMES antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 02 May 2021 12:52PM Dikemas Kini : 02 May 2021 01:00PM

SINGAPURA: Sembilan pusat beli-belah dimasukkan ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa berjangkit oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (1 Mei).

Pusat-pusat beli-belah itu adalah: VivoCity, Tampines Mall, ION Orchard, Ngee Ann City, Tampines 1, 100 AM, Compass One, Sunshine Plaza dan Rivervale Mall.

Juga dalam senarai itu ialah CHIJMES dan Fortune Centre.

Senarai lokasi-lokasi baru itu seperti berikut:

Senarai itu tidak termasuk kediaman, tempat kerja, kemudahan khidmat jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 yang disahkan sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di lokasi-lokasi tersebut perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus," menurut MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkantempat-tempat tersebut, tambah MOH.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)akan membantu pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.

Singapura melaporkan satu kes kematian baru akibat komplikasi COVID-19 pada Sabtu (1 Mei), iaitu kes kematian ke-31.

Ia juga melaporkan tujuh kes dalam masyarakat, dua kes di dormitori dan 25 kes import.

Tiga daripada kes dalam masyarakat itu berkaitan kelompok jangkitan Hospital Tan Tock Seng, yang jumlah keseluruhannya kini 16 orang.

MOH menyatakan orang ramai harus mengehadkan interaksi sosial mereka disebabkan jumlah kes yang kian meningkat dalam masyarakat.

Dengan had lapan orang yang ditetapkan sekarang bagi kunjungan ke rumah dan perhimpunan-perhimpunan di tempat awam dikekalkan, orang ramai harus mengehadkan interaksi sosial sedemikian kepada hanya dua dalam sehari, menurut MOH.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan