Vivian Balakrishnan 'yakin' dapat bekerja rapat dengan Menteri Luar M'sia Saifuddin
Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan berkata beliau "yakin" dapat "bekerjasama rapat" dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Saifuddin Abdullah
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan berkata beliau "yakin" dapat "bekerjasama rapat" dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Saifuddin Abdullah.
Encik Saifuddin berada di Singapura bagi satu lawatan pengenalan dua hari yang berakhir esok.
Menerusi satu catatan di Facebook, Dr Balakrishnan berkata dalam pertemuannya dengan Encik Saifuddin, mereka "menilai kerjasama pelbagai bidang antara Singapura dengan Malaysia" dan "bertukar-tukar idea tentang peluang-peluang baru untuk bekerjasama."
"Saya juga mengambil kesempatan untuk menyambut Dato' Saifuddin ke dalam rangkaian ASEAN," tambah Dr Balakrishnan yang juga mengadakan satu jamuan tengah hari bagi Encik Saifuddin dan isterinya, Norlin Shamsul Bahri.
Dr Balakrishnan menambah: "Saya yakin kami boleh bekerjasama rapat untuk satu agenda yang berpandangan ke hadapan bagi memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama serantau."
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Luar Singapura menyatakan bahawa Encik Saifuddin akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean semasa lawatan beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.