Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan tidak dapat ke Bintan untuk Retreat Pemimpin susuli amaran risiko kesihatan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Vivian Balakrishnan tidak dapat ke Bintan untuk Retreat Pemimpin susuli amaran risiko kesihatan COVID-19

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Jan 2022 11:45AM Dikemas Kini : 25 Jan 2022 12:18PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan tidak akan melakukan perjalanan ke Bintan untuk menyertai Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia yang kelima hari ini (25 Jan) selepas menerima Amaran Risiko Kesihatan (HRW) COVID-19. 

Dalam catatan Facebooknya pada pagi Selasa (25 Jan), Dr Balakrishnan turut mendedahkan bahawa meskipun beliau diuji negatif COVID-19, beliau akan mematuhi tempoh pemantauan selama tujuh hari. 

Amaran Risiko Kesihatan (HRW) dikeluarkan terhadap individu-individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 berdasarkan data TraceTogether dan SafeEntry atau jika mereka adalah salah seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengan kes COVID-19.

Sesiapa saja yang menerima amaran HRW diwajibkan mengasingkan diri dengan serta-merta dan menjalani ujian pantas antigen (ART) dalam masa 24 jam. Mereka boleh meneruskan aktiviti biasa mereka jika hasil ujian mereka adalah negatif. 

Menurut Dr Balakrishnan,Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Sim Ann akan menggantikan beliau bagi retreat tersebut. 

"Buat sementara waktu ini, saya akan mematuhi langkah-langkah Protokol 3 dan mengambil ujian ART berkala bagi tempoh tujuh hari akan datang," katanya sambil merujuk kepada protokol Kementerian Kesihatan (MOH) bagi COVID-19. 

"Memandangkan saya melakukan ujian ART dengan kerap sebelum menghadiri mesyuarat dan acara selama berbulan-bulan, ujian ART sudah menjadi sebahagian daripada rutin saya."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan