Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan positif COVID-19 pulang dari mesyuarat ASEAN di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
Vivian Balakrishnan positif COVID-19 pulang dari mesyuarat ASEAN di Kemboja

(Gambar: MFA)

Diterbitkan : 06 Aug 2022 04:58PM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 06:38PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan pada Sabtu (6 Ogos) berkata beliau diuji positif COVID-19 setelah pulang dari mesyuarat ASEAN di Phnom Penh, Kemboja.

"Semuanya berjalan lancar meski perlu membuat banyak perjalanan, tetapi saya akhirnya dijangkiti COVID-19," kata Dr Balakrishnan dalam satu catatan di  Facebook. 

Tambah Dr Balakrishnan, beliau hanya mengalami gejala ringan kerana sudah menerima suntikan vaksin dan dos penggalak COVID-19. 

"Sesiapa saja kontak saya sepanjang dua hari yang lalu harus lakukan ujian pantas antigen (ART). Saya meminta maaf atas kesulitan ini," katanya. 

"Saya juga meminta maaf kerana tidak dapat menghadiri urusan yang sudah dijadual untuk beberapa hari akan datang."

Dr Balakrishnan berada di Phnom Penh dari 2 hingga 5 Ogos bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.

Beliau juga menghadiri mesyuarat berkaitan seperti forum serantau yang menghimpunkan pegawai dari Amerika Syarikat, China, Rusia dan Jepun.

Dr Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan  Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di luar mesyuarat ASEAN tersebut. 

Mesyuarat ASEAN itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan ekoran lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan, mencetuskan kemarahan Beijing yang melancarkan latihan ketenteraan di lautan dan ruang udara sekitar Taiwan. 

China juga mengumumkan pada Jumaat (5 Ogos) bahawa ia menghentikan dialog bersama AS dalam beberapa bidang, termasuk rundingan ketenteraan dan iklim. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa