Vivian Balakrishnan minta maaf kepada Leong Mun Wai atas 'komen peribadi' semasa sidang parlimen
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata pada Rabu (15 Sep) bahawa beliau sudah menelefon Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk meminta maaf atas "komen peribadinya kepada seorang rakan sekerja" di Parlimen pada Selasa (14 Sep).

Vivian Balakrishnan dan Leong Mun Wai di Parlimen.
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata pada Rabu (15 Sep) bahawa beliau sudah menelefon Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk meminta maaf atas "komen peribadinya kepada seorang rakan sekerja" di Parlimen pada Selasa (14 Sep).
"Saya tidak setuju dengan pendapatnya berhubung isu tersebut tetapi saya tidak sepatutnya mengatakan apa yang saya katakan," tulis Dr Balakrishnan dalam satu catatan Facebook. "Encik Leong sudah menerima permintaan maaf saya."
Encik Leong terlibat dalam perbahasan selama 10 jam di Parlimen berhubung tenaga kerja hijrahan, pekerjaan dan mata pencarian rakyat Singapura serta perjanjian-perjanjian perdagangan bebas.
Perbahasan itu bermula pada petang Selasa dan berterusan sehingga selepas tengah malam semalam.
Dalam satu video perbahasan tersebut yang disiarkan secara langsung di laman YouTube Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), satu suara suara boleh didengar berkata "dia buta huruf" selepas Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng menjawab pertanyaan Encik Leong.
Satu lagi suara kemudian didengar beberapa minit kemudian bertanya "macam mana dia boleh masuk RI?"
Pada awal pagi Rabu, Parlimen meluluskan usulan Menteri Kewangan Lawrence Wong mengenai usaha menjaga dan melindungi pekerjaan dan mata pencarian rakyat Singapura.
Parlimen juga menolak usulan bercanggah oleh Encik Leong yang menggesa Pemerintah supaya "mengambil tindakan segera dan konkrit untuk menangani kegelisahan yang meluas dalam kalangan rakyat Singapura berhubung pekerjaan dan mata pencarian mereka yang disebabkan oleh dasar bakat asing".
Usul tersebut dibahaskan bersama tetapi diundi secara berasingan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.