Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan lakukan lawatan kerja ke Bali bagi Sidang Menteri Luar G20

Singapura menghadiri sidang itu atas undangan Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Vivian Balakrishnan lakukan lawatan kerja ke Bali bagi Sidang Menteri Luar G20

Encik Vivian Balakrishnan dalam satu wawancara bersama Mediacorp. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan kerja ke Bali dari 7 Jul hingga 8 Jul bagi menghadiri Sidang Menteri-Menteri Luar G20.

Singapura menghadiri sidang itu atas undangan Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Khamis (7 Jul).

Di tengah-tengah tekanan geopolitik yang kian meningkat, inflasi tinggi dan keprihatinan terhadap rantaian bekalan global, MFA menyatakan menteri-menteri luar itu akan menumpukan perbincangan mereka kepada usaha mengukuhkan hubungan berbilang hala dan menangani keselamatan makanan dan tenaga.

Ia akan berpandukan tema yang dipilih Indonesia selaku Presiden G20 2022 iaitu “Recover Together, Recover Stronger” ("Demi Pulih Bersama") Indonesia.

MFA menyatakan Dr Balakrishnan juga akan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara lain di luar sidang G20.

Beliau akan diiringi oleh para pegawai Kementerian Ehwal Luar.

Perhimpunan di Bali itu akan menjadi kali pertama menteri-menteri luar dari ekonomi-ekonomi terbesar dunia bertemu Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov sejak Rusia menceroboh Ukraine pada bulan Februari.

Duta Ukraine ke Indonesia Vasyl Hamianin juga berkata menteri luar negaranya akan menyampaikan ucapan secara maya di sidang Bali itu.

Ukraine bukan anggota G20 tetapi para negara anggota sebelum ini mengundang negara-negara lain sebagai tetamu bagi menyertai sidang tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan