Skip to main content

Singapura

Vivian Balakrishnan lakukan lawatan ke Geneva 12-14 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Vivian Balakrishnan lakukan lawatan ke Geneva 12-14 Okt

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: MFA)

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan akan berada di Switzerland minggu ini bagi menghadiri Sidang Puncak Peramal Sains dan Diplomasi Geneva (GESDA).

Beliau menghadiri sidang puncak itu atas undangan Presiden Switzerland, Ignazio Cassis.

Dr Balakrishnan akan menyampaikan ucapan dan menyertai perbincangan panel di sesi Peringkat Menteri Tinggi GESDA.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Cassis dan bertemu beberapa diplomat antarabangsa yang lain.

Mereka termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dan Ketua Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan, Rebeca Grynspan.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita