Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan alu-alukan "Agenda Bersama" PBB

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2022 05:35PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 09:37PM
NEW YORK: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishna mengalu-alukan "Agenda Bersama" yang dilancarkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya ia akan membantu dalam mencapai matlamat-matlamat pembangunan mampan serta menggiatkan dan menghidupkan semula PBB.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan sempena ulang tahun ke-30 Forum Negara Kecil.

Dr Balakrishnan menarik perhatian anggota kumpulan itu membentuk majoriti dalam Perhimpunan Agung PBB.

Lebih 100 negara menganggotai forum tersebut, dengan Singapura sebagai Pengerusi.

Dr Balakrishnan berkata kedudukan itu membolehkan negara-negara kecil untuk mencapai matlamat dan bertindak bersama.

Ini bagi melindungi ruang bersama sejagat serta menggalakkan daya-daya usaha PBB, pendekatan berbilang hala dan undang-undang antarabangsa.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan