Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan akan sampaikan kenyataan S'pura di Sidang Lautan PBB di Lisbon

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan menyampaikan kenyataan negara Singapura di Sidang Kedua Lautan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lisbon, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan menyampaikan kenyataan negara Singapura di Sidang Kedua Lautan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lisbon, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (27 Jun).

Dr Balakrishnan melakukan lawatan kerja ke ibu kota Portugal itu dari 26 Jun hingga 2 Julai.

Di Sidang Lautan PBB itu, Dr Balakrishnan akan mempengerusikan bersama Simposium Peringkat Tinggi dalam Mesyuarat Meja Bundar Menteri-Menteri Air dan Sesi Dialog Interaktif.

Beliau juga akan turut serta dalam acara sampingan Negara-Negera Membangun di Pulau Kecil Lautan Atlantik, Hindi, dan Asia Tenggara berhubung Tindakan Laut bagi menyokong Matlamat 14 Pembangunan Mampan.

Sidang Lautan UN diadakan dengan Kenya dan Portugal sebagai tuan rumah bersama dan dijangka menarik sekitar 12,000 peserta.

Menurut UN, sidang pertama pada 2017 dilihat sebagai titik perubahan dalam memaklumkan dunia tentang masalah lautan.

Sidang di Lisbon itu akan menyentuh tentang "menyediakan huraian bagi masalah-masalah tersebut", kata Encik Peter Thomson, Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi Lautan.

Semasa lawatan beliau, Dr Balakrishnan akan bertemu Presiden Perhimpunan Republik itu Augusto Santos Silva dan bertemu Menteri Ehwal Luar João Cravinho.

Beliau juga akan menghadiri upacara perasmian peluasan terminal PSA Sines.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan