Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan akan lawat Brunei, M'sia dan Indonesia

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan rasmi ke Brunei, Malaysia dan Indonesia mulai Isnin (22 Mac), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2021 09:20AM Dikemas Kini : 22 Mar 2021 11:07PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan rasmi ke Brunei, Malaysia dan Indonesia mulai Isnin (22 Mac), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dr Balakrishnan akan bermula dengan lawatan ke Brunei bagi mengesahkan lagi "hubungan istimewa yang erat dan lama terjalin" antara kedua-dua negara, menurut MFA dalam satu kenyataan media.

Beliau akan bertemu dengan Sultan Hassanal Bolkiah dan akan menghadiri jamuan yang diadakan oleh Menteri Kedua Ehwal Luar Brunei Erywan Pehin Yusof.

Dr Balakrishnan akan diiringi oleh para pegawai dari MFA Singapura dan juga akan melakukan lawatan ke Malaysia dan Indonesia selepas lawatannya ke Brunei.

Pada September lalu, Singapura dan Brunei bersetuju untuk menubuhkan laluan hijau timbal balik bagi perjalanan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan penting dan rasmi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan