Skip to main content

Singapura

ViuTv dan Mediacorp bekerjasama terbit 2 drama dalam bahasa Mandarin

Mulai tahun depan orang ramai boleh menikmati kandungun-kandungan baru dari platform Mediacorp. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Dec 2019 09:52PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 09:59PM

SINGAPURA: Mulai tahun depan orang ramai boleh menikmati kandungun-kandungan baru dari platform Mediacorp.

Ia telah menjalin kerjasama dengan khidmat penyiaran dan penstriman Hong Kong, ViuTv.

Platform online Wattpad turut menyertai kerjasama itu.

Di bawah kerjasama itu ViuTv dan Mediacorp akan bekerjasama dalam menerbitkan dua drama dalam bahasa Mandarin.

Ini adalah kerjasama kedua antara ViuTv dengan Mediacorp selepas menjadi rakan kongsi pada dua tahun lalu.

Mediacorp turut menandatangani persetujuan dengan Wattpad bagi menerbitkan sebuah cerita yang diadaptasi dari novel seorang penulis wanita Singapura.

Kolaborasi itu merupakan sebahagian daripada tawaran lebih besar Mediacorp bagi menjangkaui komuniti kreatif di luar dan untuk memberi nafas baru terhadap kandungannya. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita