'Vision Zero' dibentuk oleh 25 syarikat, bagi cegah kecederaan
Mencegah daripada berlakunya semua bentuk kecederaan atau sesuatu yang boleh menjejas kesihatan di tempat kerja. Itulah sasaran kelompok 'Vision Zero' yang dibentuk oleh 25 syarikat di Pulau Jurong.
SINGAPURA: Mencegah daripada berlakunya semua bentuk kecederaan atau sesuatu yang boleh menjejas kesihatan di tempat kerja. Itulah sasaran kelompok 'Vision Zero' yang dibentuk oleh 25 syarikat di Pulau Jurong.
Kelompok itu, yang pertama seumpamanya, dilancarkan hari ini (23 Nov) oleh Menteri Negara Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.
Pada masa ini, ada lebih 100 syarikat di Pulau Jurong yang menggaji lebih 26,000 pekerja.
Kelompok 'Vision Zero' berikrar untuk menggalakkan usaha mewujudkan keadaan tempat kerja yang lebih selamat dan sihat.
Ini termasuk mengamalkan sifat mencegah dan melaksanakan langkah bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Sebagai permulaan, kelompok itu merancang untuk menganjurkan forum dan persidangan untuk para pemain industri mengongsikan amalan-amalan terbaik.
"Dalam jangka masa panjang, pengurusan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan kesihatan dan prestasi adalah kelebihan yang baik dan berguna untuk syarikat-syarikat dan industri-industri yang beroperasi di Singapura," kata Encik Zaqy Mohamad, yang juga Menteri Negara bagi Kementerian Pembangunan Negara (MND).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.