Visi S'pura 'Kota yang Baik', sasar bina masyarakat inklusif
'Kota yang Baik' atau 'City of Good'.
SINGAPURA: 'Kota yang Baik' atau 'City of Good'.
Itulah visi bagi Singapura di mana individu, pertubuhan dan para pemimpin akan bersama-sama berusaha membina sebuah masyarakat yang inklusif, sekali gus menggalak setiap orang memberi yang terbaik untuk yang lain.
Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC)
mengumumkan visi strategiknya bagi mengingatkan warga Singapura bahawa setiap orang perlu dihargai terlebih dahulu, jika negara kita ini benar-benar 'Negara Dunia Pertama'.
Di acara pelancarannya, Presiden Halimah Yacob berucap mengenai pentingnya kerjasama demi mencapai wawasan itu.
NVPC akan memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang ditujukan kepada tiga golongan, orang ramai, badan-badan dan para pemimpin.
Para pemenang bagi Anugerah Relawan dan Dana Masyarakat Presiden juga diberi penghormatan di acara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.