Skip to main content

Singapura

Virus Wuhan: SBS Transit lakukan pembersihan lebih kerap ke atas kenderaannya

Syarikat pengangkutan awam SBS Transit melakukan pembersihan lebih kerap ke atas kenderaan-kenderaan serta premisnya sebagai langkah berjaga-jaga terhadap virus korona Wuhan. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jan 2020 08:00PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 12:10AM

SINGAPURA: Syarikat pengangkutan awam SBS Transit melakukan pembersihan lebih kerap ke atas kenderaan-kenderaan serta premisnya sebagai langkah berjaga-jaga terhadap virus korona Wuhan.

Pengendali pengangkutan itu menyatakan langkah-langkah tersebut sejajar dengan garis panduan terkini yang disarankan pihak berkuasa.

Di pusat-pusat pertukaran bas, tempat-tempat yang sering disentuh orang ramai seperti rel pemegang tangan, tempat duduk serta kaunter khidmat akan dibersihkan dengan cecair nyah kuman setiap dua jam.

Dalaman bas juga akan menjalani sesi pembersihan nyah kuman setiap minggu sebagai tambahan kepada rutin pembersihan setiap hari.

Di stesen-stesen MRT dan LRT pula, tempat duduk, pagar masuk dan mesin tiket mislanya akan dibersihkan tiga kali sehari.

Bahagian dalam kereta api juga akan dibersihkan dengan cecair nyah kuman setiap hari semasa waktu ia tidak beroperasi. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita