Vietnam bincang dengan Sembcorp untuk bina talian elektrik dasar laut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Edgar Su)
HANOI: Vietnam sedang berbincang dengan syarikat Singapura, Sembcorp, untuk membina talian penghantaran elektrik dasar laut antara kedua-dua negara tersebut, dedah pemerintah Vietnam pada Jumaat (10 Feb).
Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Pengerusi Sembcorp Tow Heng Tan di Singapura pada Jumaat (10 Feb).
Sembcorp Utilities dan sebuah unit dari syarikat minyak Vietnam, PetroVietnam, juga telah mencapai persetujuan untuk membangunkan projek-projek angin luar pesisir untuk mengeksport bekalan elektrik ke Singapura, menurut pemerintah Vietnam dalam satu kenyataan tanpa menjelaskan lebih lanjut.
Dalam satu kenyataan berasingan, PetroVietnam menyatakan perjanjian tersebut akan membuka laluan kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan ladang angin dengan kapasiti gabungan sebanyak 2.3 gigawatt menjelang 2030.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.