Video SGAG, model gaji progresif cetus perang mulut antara kesatuan pekerja keselamatan dan persatuan industri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/SGAG)
SINGAPURA: Persatuan yang mewakili industri perkhidmatan keselamatan pada Khamis (2 Mei) mempertikaikan video yang tular, terbitan sebuah kesatuan mewakili pekerja keselamatan.
Menurutnya video tersebut menggambarkan pegawai keselamatan seakan "seseorang yang tidak tahu bagaimana untuk menjalankan tugas asasnya".
Video itu, yang dimuat naik di akaun Instagram SGAG, dan dibiayai Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) sebagai sebahagian daripada kerjasama berbayar, telah menimbulkan kemarahan beberapa anggota Persatuan Keselamatan Singapura (SAS), kata persatuan tersebut.
USE, sebuah kesatuan sekutu Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), mengeluarkan bantahan keras dalam kenyataan medianya bahawa aduan SAS terhadap video itu adalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar.
Ia menambah bahawa mesej utama video tersebut adalah mengenai kegagalan untuk mematuhi peraturan dalam industri keselamatan, berkaitan dengan model gaji progresif.
Pada Khamis (2 Mei) petang, USE menyatakan "Kami percaya isu utama pada mesej yang kami cuba sampaikan kepada pegawai keselamatan kami adalah untuk melaporkan kegagalan untuk patuh pada model gaji progresif. Kami percaya perkara itu membimbangkan sesetengah pihak dalam exco (jawatankuasa eksekutif) SAS. "
APA YANG DIPAPARKAN VIDEO
Video yang dimuat naik pada 25 April itu menunjukkan skit melibatkan dua pegawai keselamatan pada hari pertama mereka bekerja. Mereka diberi taklimat oleh seseorang yang kelihatan seperti pemilik bangunan atau ejen pengurusan.
Video yang dirakam dalam gaya satira itu menunjukkan kedua-dua pegawai menyoal pengurus tentang pekerjaan mereka.
Mereka juga diberitahu oleh pengurus berkenaan bahawa mereka "bernasib baik" kerana diberi gaji lebih tinggi, meskipun masa bekerja lebih singkat disebabkan kerana model gaji progresif.
<<BACA: Lebih sokongan diperlukan untuk pegawal keselamatan, kata pihak berkepentingan industri
Pengawal keselamatan didakwa, terlupa buang bom palsu digunakan dalam latihan>>
RESPONS SAS TERHADAP VIDEO
Dalam satu catatan di Facebook, SAS menyatakan ia membantah kandungan tersebut yang 'mempersendakan' pegawai keselamatan. Ia juga menarik perhatian tentang pengurus yang "menjerit dan menganiaya pegawai keselamatan" tersebut. Kelakuan itu berisiko meremehkan atau membiasakan isu penderaan dalam industri keselamatan, tambahnya.
Dalam satu kenyataan oleh pengarah eksekutif SAS, Jourdan Sabapathy, persatuan itu menyatakan ia tersinggung dengan beberapa frasa dalam video itu, termasuk "majikan tekan pegawai" dan pegawai keselamatan "harus bekerja lembur melebihi 100 jam".
Kenyataan sedemikian mencadangkan bahawa majikan dalam industri keselamatan tidak melayani pegawai keselamatan dengan adil, atau memaksa mereka bekerja bagi waktu yang lebih lama.
"SAS mengingatkan (semua pihak) bahawa pegawai keselamatan boleh bekerja lebih masa hanya kerana Kementerian Tenaga Manusia (MOM), ketika itu, mengeluarkan pengecualian kerja lembur kepada agensi keselamatan. Pengecualian itu membenarkan agensi meminta pegawai untuk kerja lebih masa yang boleh melebihi 100 jam," tambah SAS.
Oleh itu, majikan tidak "menekan" pegawai, mereka hanya menggajikan pekerja selaras dengan garis panduan MOM.
Persatuan itu juga mempertikaikan penggunaan frasa "cuti tanpa gaji tetap" dalam video itu.
Ia menyatakan bahawa pegawai keselamatan harus dibenarkan untuk berunding bagi aturan kerja fleksibel, seperti semua pekerja lain di Singapura.
SAS berpendapat bahawa sebahagian besar agensi keselamatan mematuhi undang-undang dan pendakwaan ke atas agensi keselamatan bagi kesalahan sedemikian kekal rendah.
Meskipun demikian, SAS faham tujuan video itu adalah untuk menarik perhatian kepada amalan pekerjaan yang tidak wajar, dan menyokong kutukan USE terhadap amalan tersebut, serta campur tangan kesatuan itu untuk membantu pegawai keselamatan pada masa lalu.
"Walau bagaimanapun, SAS berpendapat bahawa video SGAG itu bukan cara yang betul untuk membangkitkan atau menangani isu serius seperti itu. Malah, apa jua mesej yang ingin disampaikan tidak memenuhi tujuannya kerana kelakuan kurang sopan watak terlibat," tambah SAS.
SAS meminta supaya video tersebut diturunkan. Setakat Khamis, pukul 11.30 malam, video itu masih lagi online.
APA RESPONS USE
Dalam respons USE pada Khamis petang, ia menolak kenyataan SAS dalam satu kenyataan ditandatangani Presiden Ardi Amir, Setiausaha Agung Raymond Chin dan Setiausaha Eksekutif Steve Tan.
Mereka sebulat suara berkata bahawa aduan SAS mengenai video tersebut mengalihkan perhatian orang ramai daripada mesej utama yang ingin disampaikan.
USE menyatakan ia tahu tentang agensi-agensi keselamatan yang menyuruh pegawai mereka bekerja bagi waktu maksimum dibenarkan di bawah model gaji.
Pegawai yang ingin bekerja kurang daripada itu, disuruh untuk mengambil cuti tanpa gaji.
Ini bermakna masa bekerja bagi cuti tanpa gaji itu dipotong daripada gaji pegawai. Oleh itu, pegawai menerima gaji kurang daripada kadar di bawah model gaji.
Dalam responsnya kepada kenyataan USE, SAS menekankan bahawa USE tidak menangani "isu yang dibangkitkan dan sebaliknya cuba untuk mengalihkan perhatian kepada isu lain yang tidak terkait dengan video SGAG itu".
SAS memberitahu Mediacorp: "Kami boleh disifatkan sebagai model kerjasama tiga pihak. Malangnya, perkara ini tidak dapat diselesaikan secara dalaman, namun kami akan terus berhubung dengan USE dan akan terus berusaha menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.