Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Video sempena Hari Kanak-Kanak beri sanjungan kepada penggubah muzik Allahyarham Zubir Said

Lagu 'Semoga Bahagia' yang digubah oleh Allahyarham Zubir Said cukup sinonim dengan sambutan Hari Kanak-Kanak di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Video sempena Hari Kanak-Kanak beri sanjungan kepada penggubah muzik Allahyarham Zubir Said

(Petikan skrin daripada video)

BERITAmediacorp: Lagu 'Semoga Bahagia' yang digubah oleh Allahyarham Zubir Said cukup sinonim dengan sambutan Hari Kanak-Kanak di Singapura.

Sama-sama maju ke hadapan
Pandai cari pelajaran
Jaga diri dalam kesihatan
Serta sopan-santun dengan kawan-kawan.

Inilah sebahagian daripada lirik lagu 'Semoga Bahagia' yang dijadikan lagu rasmi bagi sambutan Hari Kanak-Kanak oleh Kementerian Pendidikan pada 1970.

Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak hari ini (4 Okt), sebuah video dihasilkan oleh Gov.sg berkisarkan lagu itu yang dinyanyikan Imran Ajmain.

Video sepanjang tiga minit itu menyorot persahabatan dua remaja bak kata pepatah, bukit sama didaki, lurah sama dituruni yang bertahan sehingga mereka berkeluarga.

Ternyata, video yang begitu menyentuh hati itu menerima lebih 1,100 'Likes'

Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut menyertakan video tersebut, dalam catatan di Facebooknya bagi mengucapkan Selamat Hari Kanak-Kanak

Dalam catatannya itu, Encik Lee memuji bagaimana video berkenaan mengimbau memori zaman kanak-kanak dan kehidupan di Singapura pada tahun-tahun 1980-an.

Beliau mengingatkan, selain meraih ilmu pendidikan, tali persahabatan yang terjalin ketika di sekolah akan membawa kita ke fasa kehidupan seterusnya. Bagi sebilangan lagi, kata beliau persahabatan itu berpanjangan hingga ke generasi seterusnya.

"Saya harap anda tekun belajar dan bermain, jalin persahabatan berpanjangan antara satu dengan lain.

"Selamat Hari Kanak-kanak". Saya harap anda nikmati hari istimewa anda ini bersama teman-teman dan keluarga.

Nikmati hujung minggu anda,"ujar PM Lee. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan