Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Video Raya MCI ajak masyarakat sambut Aidilfitri dengan penuh makna bersama keluarga, jiran tetangga

Sama ada meluangkan masa melakukan kerja-kerja sukarelawan, mengendalikan usaha mengumpul derma, memberi sumbangan sebagai sebuah perusahaan atau membalas kemurahan hati jiran tetangga, Hari Raya juga peluang yang dimanfaatkan untuk memberi dengan murah hati dan mencipta kenangan yang lebih bermakna.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sama ada meluangkan masa melakukan kerja-kerja sukarelawan, mengendalikan usaha mengumpul derma, memberi sumbangan sebagai sebuah perusahaan atau membalas kemurahan hati jiran tetangga, Hari Raya juga peluang yang dimanfaatkan untuk memberi dengan murah hati dan mencipta kenangan yang lebih bermakna.

Demikian mesej video berjudul "Sambutan yang Menyentuh Hati", terbitan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Menampilkan beberapa individu yang menyumbang kembali kepada masyarakat, video sepanjang tiga minit itu turut berkongsi amalan dan budaya masyarakat Islam semasa Syawal termasuk tradisi berkongsi juadah dan bermaafan.

Tidak kira besar atau kecilnya perbuatan kita, video itu mengingatkan bahawa Hari Raya adalah masa untuk diluangkan bersama keluarga dan jiran tetangga dengan penuh makna.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan