Skip to main content

Singapura

Video Pak Haji Abu Masjid Jamiyah Ar-Rabitah tunjuk cara guna pembasmi kuman tambat hati netizen; akhiri rutin dengan isyarat istimewa

Di tengah-tengah wabak COVID-19 yang kian menular sekarang, banyak yang diperkatakan tentang cara-cara untuk melindungi diri daripada jangkitan virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Video Pak Haji Abu Masjid Jamiyah Ar-Rabitah tunjuk cara guna pembasmi kuman tambat hati netizen; akhiri rutin dengan isyarat istimewa

(Petikan video dari Facebook/Masjid Jamiyah Ar-Rabitah)

SINGAPURA: Di tengah-tengah wabak COVID-19 yang kian menular sekarang, banyak yang diperkatakan tentang cara-cara untuk melindungi diri daripada jangkitan virus tersebut.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan cecair pembasmi kuman untuk membersihkan serta menghapuskan kuman dan bakteria pada tangan kita.

Baru-baru ini, satu video yang dihasilkan oleh Masjid Jamiyah Ar-Rabitah bagi menunjukkan cara-cara mudah menggunakan cecair itu dikongsi di Facebook milik masjid tersebut.

Dalam video ringkas itu, seorang kakitangan masjid dilihat menekan botol sanitiser sebelum menyapu cecair itu pada kedua-dua telapak tangan dalam masa hanya lima saat.

Namun, lebih mencuitkan hati adalah apabila sampai ke penghujung video itu, kakitangan masjid yang dikenali sebagai Pak Haji Abu 'menghadiahkan' isyarat hati atau 'finger heart gesture' yang popular dalam budaya Korea Selatan.

Ternyata, gelagat Pak Haji Abu itu membuat ramai tergelak menerusi komen-komen positif yang dilampirkan di Facebook.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita