Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Video lelaki bersenjata pedang di Sumang Lane sebahagian adegan drama Saluran 8

Video menunjukkan seorang lelaki menghayunkan pedang, yang tersebar di media sosial pada Isnin (17 Okt) dan mencetuskan rasa cemas, sebenarnya adalah rakaman satu adegan bagi sebuah siri drama di Saluran 8.

Anggaran Waktu Membaca:
 Video lelaki bersenjata pedang di Sumang Lane sebahagian adegan drama Saluran 8

Petikan video yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki berdiri di jalan raya di Sumang Lane dan menghayunkan apa yang kelihatan seperti pedang.

Diterbitkan : 17 Oct 2022 04:52PM Dikemas Kini : 17 Oct 2022 08:34PM
SINGAPURA: Video menunjukkan seorang lelaki menghayunkan pedang, yang tersebar di media sosial pada Isnin (17 Okt) dan mencetuskan rasa cemas, sebenarnya adalah rakaman satu adegan bagi sebuah siri drama di Saluran 8.

Video sepanjang 26 saat itu memaparkan seorang lelaki berdiri di jalan raya di Sumang Lane sambil menghayunkan senjata yang kelihatan seperti pedang, sebelum meluru ke arah sebuah kereta yang tidak bergerak. Lelaki itu kemudian dilihat seakan-akan rebah selepas berlanggar dengan kenderaan tersebut.

Dia kemudian bangun, mengangkat pedangnya dan bergerak ke arah seorang wanita yang baru keluar dari kereta berkenaan. Video diakhiri dengan menunjukkan lelaki tersebut menoleh ke belakang sebelum membuat sebarang kontak dengan wanita itu.

Sepanjang video itu, orang awam yang berada di tempat kejadian dilihat memerhatikan dengan tenang sedang adegan tersebut dilakukan.

Dalam satu kenyataan, Mediacorp menyatakan: "Kami sedar tersebar satu video menunjukkan seorang lelaki bersenjatakan pedang wushu di simpang antara Sumang Lane dengan Sumang Crescent. Kami ingin menjelaskan ia adalah rakaman satu adegan bagi drama 'Healing Heroes' di Saluran 8."

Mediacorp adalah syarikat induk bagi Saluran 8, CNA dan BERITAmediacorp.

Menurut kenyataan itu lagi, satu papan tanda bertulis "Penggambaran sedang dijalankan" sudahpun diletakkan secara terang-terangan di sekitar kawasan penggambaran. Kru penerbitan di kawasan tersebut juga memakai ves, tambah Mediacorp.

"Kami meminta maaf atas sebarang rasa cemas yang berlaku dan memohon pemahaman orang awam supaya mengelak daripada menyebarkan video tersebut tanpa konteks," jelasnya lanjut.

Awal dari itu, Cik Sun Xueling, Anggota Parlimen Punggol West - di mana Sumang Lane adalah di dalam kawasan undinya, berkata dalam catatan Facebook bahawa beliau "menerima beberapa makluman daripada penduduk yang prihatin tentang sebuah video tersebar yang menunjukkan seorang individu kelihatan seperti memegang pedang dan menghayunkannya ke arah pejalan kaki di Sumang Lane".

"Saya sudah memeriksa dengan sumber-sumber yang menyatakan ia adalah sebuah penggambaran filem dan bukan satu insiden "benar"," kata Cik Sun.

INSIDEN SEBENAR PADA MAC

Pada Mac, dua orang cedera apabila seorang lelaki membawa pedang di Buangkok menyerang mereka. Kereta yang lalu di jalan raya tersebut juga dilaporkan menjadi mangsa serangan tersebut.

Enam orang awam, yang kemudian menerima anugerah polis, membantu untuk menahan lelaki itu sebelum di diberkas pegawai polis.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan