Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Video laporan CNA ketika Hu Jintao diiring keluar dari Kongres China raih Anugerah SOPA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakaman yang jarang berlaku dirakam oleh Channel NewsAsia (CNA) sejurus sebelum mantan pemimpin China Hu Jintao diiringi keluar secara dramatik dari Kongres Parti Komunis, meraih anugerah buat platform berita serantau tersebut di Anugerah Society of Publishers Asia (SOPA) 2023 pada Khamis (15 Jun).

Video eksklusif itu - Apa yang berlaku sebelum mantan Presiden China Hu Jintao diiring keluar dari Kongres? - meraih Anugerah Kecemerlangan dalam Laporan Video serantau, sekaligus mengalahkan penyertaan oleh Sixth Tone dan Rappler. Video itu dirakam oleh jurukamera biro Emil Wan.

Para pengadil berkata nalurinya membenarkan dunia menyaksikan detik-detik yang jarang berlaku ketika perbualan yang tidak dirancang Presiden China Xi Jinping dan mantan presiden negara itu di Kongres Parti ke-20.

Dalam video CNA itu, pengerusi badan perundangan China Li Zhanshu dilihat mengambil beberapa keping kertas daripada tangan Encik Hu. Encik Hu kemudian diiringi keluar oleh seseorang.

Kejadian yang tidak disangkakan itu menarik perhatian dunia di tengah-tengah perbincangan Presiden Xi tentang penyatuan kuasa.

Ia juga memberi gambaran yang jarang berlaku terhadap kerja dalaman Parti Komunis China di mana politik elit sukar untuk disaksikan.

"Sedang saya memasang tripod dan kamera, saya melihat satu perkara luar biasa, beberapa pergerakan di atas pentas, jadi saya membuka kamera dengan pantas dan merakamnya... Ia tidak terlintas dalam fikiran saya bahawa ini akan menjadi berita eksklusif," kata Encik Wan.

Video eksklusif itu menjana lebih sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas ia diterbitkan di platform YouTube dan Facebook CNA.

Laporan yang menganalisiskan video itu oleh koresponden China CNA Olivia Song juga meraih bacaan tertinggi pada minggu tersebut.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan